
Blog merupakan satu portal online yang digunakan untuk menyatakan pendapat peribadi tentang pelbagai perkara. Konsep blog seakan-akan sebuah diari harian. Blog sangat mudah digunakan dan diuruskan tanpa perlu memiliki pengetahuan teknikal yang mendalam tentang komputer. Laman sosial dan blog dikatakan telah memberikan pelbagai keburukan kepada golongan remaja terutamanya pelajar sekolah. Walaubagaimanapun, keburukan dan kebaikan dalam sesuatu perkara ditentukan oleh diri sendiri. Apa yang pasti, blog mendatangkan banyak kebaikan berbanding keburukan terutamanya kepada guru dan pelajar.

Kepentingan blog kepada guru :
- Guru boleh membuat sebarang pengumuman berkaitan mata pelajaran yang diajar. Guru juga boleh memberikan sesuatu tugasan berkaitan mata pelajaran melalui tulisan dalam blog sekiranya tidak dapat hadir semasa pembelajaran di sekolah. Melalui cara ini, proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan tanpa sebarang masalah dari segi masa selain dapat meningkatkan kualiti pendidikan yang sedia ada di negara kita
Selain itu,blog turut mempunyai kelebihan lain seperti :
- Menggalakkan perkembangan bahasa terutamanya bahasa Inggeris melalui pemaparan tulisan dalam blog yang ditulis.
- Membolehkan pelajar membiasakan diri dengan aplikasi komputer termasuklah seni kemahiran reka digital, mencipta blog serta kod ccs.
- Boleh mengkritik bentuk penulisan dan idea yang bercanggah di ruang komen.



